Thursday, May 14, 2009

Sistem Perbankan

aku benci dgn sistem perbankan di malaysia.. sangat sangat benci!

aku benci dengan hutang2 yang melibatkan bank bank di malaysia.. sangat sangat benci!!

Pada 21 April 2009, aku ke salah sebuah bank di Johor Bahru.. (bank apa, dan di mana lokasinya malas nak didedahkan di sini).. Tujuan utama, nak dapatkan penyata akaun untuk tahun tahun yang sudah... untuk tujuan update buku akaun, pemilik akaun perlu datang sendiri ke bank tempat kita membuka akaun.. belasan tahun yang lalu, aku bekerja di Johor Bahru, pastinya di Johor Bahrulah aku bukak akaun ye tak?.. itupun nasib baik masa keje kat JB, dah update akaun tukar ke JB, kalau idak nampak gayanye kene la aku ke Teluk Ramunia utk print penyata akaun sebab di situlah bank yg mula2 sekali aku bukak akaun.. ok lah hentikan seketika cerita 15 tahun dulu..

ni yg kisah tahun ini, nak mintak penyata perlu datang sendiri ke bank. setelah isi borang dimaklumkan bahawa perlu ambil masa 3 hari bekerja untuk dapatkan penyata tu. dah le kena bayar, kene tunggu lagi!.. ok takpelah, 3 hari pun 3 hari lah... tunggu punya tunggu, dah sampai 14hb mei dah berapa hari tu? dah 3 minggu!!! bukan 3 hari lagi dah!...

ok lah, cubalah telefon ke bank berkenaan... "eh cik! kalau mohon statement utk setahun tak boleh siap 3 hari cik! kene seminggu!" hek eleh... "ni bukan seminggu lagi nie!!! dah dekat sebulan dah nie", aku jawab (berdesing telinga adik tu!)..

ok cik, bagi no telefon dan no akaun ye, saya semak dulu... selang lima minit, telefon berdering.. "cik! cik nak teruskan ke?" eh budak nie "of course ler!! kenapa?"

"maaf ye cik! kita dah cari borang tu tapi tak jumpa. cik bagi kat sape?"

"bagi kat staf yg bertugas di kaunter khidmat pelanggan"
(ceh! beriya-iya benar ada pegawai khidmat pelanggan! borang sekeping pun hilang!!)

"takpe cik, nanti kami buatkan ye, cik nak saya fax ke pos?"
(Ceh! boleh pulak nak fax je?)

"ha! fax je la senang!" aku jawab

"hmm saya rasa saya pos je la ye cik, apa alamat cik yea?"
(ceh! pos la plak..)

hai ke manalah hilangnya borang aku tu yea?.. mintak maklumat kemain macam2 lagi!.. hampeh tul!

orang luar selalu kutuk kutuk org gomen keje macam2.. aku tgk'kan yg keje swasta especially bank bank ni pun bukannya bagus sgt wat keje.. sori yea kalau ada sesapa yg terasa, maybe bukan suma tapi sama gak la yg keje kerajaan tu pun bukan sumanya mengular.. ada gak yg keje betul betul demi mencari rezeki yg halal utk keluarga..

yang aku menyampah ngan bank ni kalau nak potong duit orang laju bebenor, tapi kalau nak soh wat keje kemain lembab... aku memang menyampah dengan bank-bank kat malaysia ni yg memang cekik darah rakyat dengan pelbagai interest dan charge.. menyampah menyampah!..

3 comments:

  1. kak, saya pun bengkek, nak tukor address pun kena pergi bank asal tuh. iko ler teruk sbb dia punya cawangan asal kat Universiti Malaya (buka akaun masa kat UIA Pantai). Ek eleh.... nak tukor alamat pun kena pergi sana. Pastu, kena isi borang dan tunggu a few days. Nak maju wawasan 2020 apa mesia ni. Takkan servis macam tu pun tak improve lg. Sabor jeklah...

    ReplyDelete
  2. hehehee... ingat akak sorang je yg bengkek ngan sistem bank kat mesia nie... hihihi..
    tapi akak rasa, dah sampai masa derang ni tukar cara kerje dan sistem derang laa... kalau idak, sampai bila pun kita takkan maju...
    kalau nak check cecrease ke citos ker kemain hebat lagi FIS derang, boleh check suma bank2 lain yg ada kat mesia.. bila nak tukar alamat yg sama bank pun, kemain susah bebeno... takkan takleh nak online je? takkan maklumat tu takde kat sistem? nak kena tunggu tiga hari gak, lama bebeno nak update sistem dan check kat sistem... lembab lemau lah derang nie..

    ReplyDelete
  3. private sektor kat malaysia kadang-kadang lebih hampeh dari Gomen. Gaji besar, bonus 3-6 bulan, kerja malas. Kalau Gomen tu understandablelah.

    awangsenior

    ReplyDelete