Sunday, June 21, 2009

Happy Fathers Day Ayah!!!



21 Jun 2009, semua bapa di seluruh Malaysia menyambut Hari Bapa... Oleh kerana sepanjang 9 tahun bergelar bapa, lom pernah sekalipun dapat hadiah di hari bapa, so mummy carikkan sedikit surveniour utk ayah.. kakak lak prepare kad... adik lagi best! dah kesuntukan masa sebab tak prepare apa2 (sebab adik tak tau ada surprise utk ayah! saja taknak bagitau sebab ahmad ni jenis takleh simpan rahsia!) so, dalam masa 1 saat, otaknya ligat berfikir,terus diambilnya kad Mothers Day utk ibu (yang baru ditemui, dulu kononnya nak bagi masa hari ibu, tapi dah terlupa letak kat mana) so sepantas kilat diambilnya kad itu, dan menyorok2 nak masukkan kad tu dalam sampul then bagi pada ayah.. bila ayah baca, ada wording utk ibu, yg tu dia baca slow slow.. tapi bila part wording sebut dad, dia baca kuat kuat! ahmad ahmad! ada je idea dia!...



dan sempena hari bapa juga mummy mengecek OVEN dari ayah... Jenama KHIND berharga RM190... (itulah, dulu taknak beli kat UK saper suruh!!!) So, dengan bersemangatnya mummy dah bakar sebuku kek coklat (setelah berbulan2 tak membakar kek) dan juga kuih bakar peberet mummy...


kuih bakar yg sangat laris, dimakan ketika masih panas... semua org dok rebut bahagian yg kerak2 tu... sama mcm kat notts dulu... hehee...


for info, mummy ada 6,7 version resepi kek coklat... tapi yg paling mabeles dan menjadik adalah resepi oleh kaktim... lepas je wat kek semalam memang mummy berhajat nak masuk dalam blog nie resepi kek kaktim ni.. tapi tgk tgk, dal dah masuk dlm blog dia... so, kwn2 di notts leh layari blog dal... manakala buat kawan2 mummy di malaysia, ini dia resepi kek coklat yg paling mabeles yg ingin aku share'kan dengan korang...


Bahan A
1. 2 cawan tepung gandum : RM 2.35 (sekilogram.. tapi takler pakai sampai sekilo)
2. 2 cawan gula castor : RM 3.60/kg
3. 1 cawan koko : RM 5.90/tin (tin kecil brand Van Houten)
4. 1 sudu kecil baking powder : RM 3.30/bottle
5. 1 sudu kecil bikarbonat soda : RM 1.80/bottle

Bahan B
1. 1 cawan minyak masak
2. 1 cawan air + 1 sudu kecil garam + 1 sudu kecil nescafe(kacau rata)
3. 1 cawan evaporated milk
4. 2 biji telur (pukul sebentar dgn garfu)

Cara2nya :
1. ayak 2,3 kali semua bahan A
2. campurkan semua bahan B ke dalam bahan A
3. kacau rata sehingga sebati dan likat
4. bakar pada suhu 180 C selama 1 jam.

Cara2 membuat topping...
Bahan2nya
1. 1/2 papan cooking chocolate : RM 4.75 (brand Dolphin)
2. 1/2 cawan evaporated milk (ni gara2 terlupa nak beli double cream or whiping ler nie)
3. 1 sudu margerin/mentega
4. sedikit gula caster

Cara2nya
1. cairkan cooking chocolate (secara double boiler)
3. campurkan evaporated milk dengan sedikit gula ke dalam coklat yang telah cair
4. masukkan satu sudu besar margerin dan kacau sehingga rata dan likat
5. tuangkan di atas kek
6. taburkan chocolate rice atau apa2 sahaja utk decorate kek anda...


then utk lunch mummy sekali lagi memanfaatkan oven yang baru dibeli... barulah berbaloi namanya!!! mummy bakar ikan pari... lunch hari ni sgt best!... dan ayah telah melanggar pantang larang dietnya gara2 seekor ikan pari, semangkuk kerang sambal dan juga semangkuk sayur lemak meranti...



air asam utk dimakan bersama ikan pari.. kalau mummy mmg inilah lawan ikan pari kami, ada juga org makan dengan kicap dan lada... dan ada juga yg makan dengan sambal...

2 comments:

  1. hari bapa, tapi ibu yg dapat hadiah... bagus bagus ;)boleh try taktik yg sama nnti hehe

    ReplyDelete
  2. hehehee amacam? baaiiiiiiiiiik punya taktik kan?... lama tau kuar masuk kedai, pikir nak beli taknak nak beli taknak... dekat 2,3 bulan gak tau!!... last last dapat jugak Alhamdulillah...

    ReplyDelete