Thursday, June 11, 2009

mana nak pegi eik?

cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujungnya... 2 minggu cuti persekolahan seakan tidak terasa... anak2 pun belum sempat dibawa bercuti cuti malaysia lagi...

banyak tempat2 menarik telah di'list'kan namun masih buntu untuk memilih...

asalnya nak ke pulau tioman... tapi oleh kerana mummyiris dah ke sabah before cuti sekolah hari tu, disamping tarikh tarikh lain yang tak boleh nak diselitkan sebab banyak jemputan kawin dan weekday pulak hubby sibuk dengan kerja2nya so percutian ke pulau tioman terpaksa ditunda...

ada juga cadangan nak ke zoo melaka atau zoo negara - tapi tidak medapat response yg baik dari anak2... bila ditanya 'nak gi zoo ke, nak mandi kolam?'

"mandi kolam!!" serentak kakak dan adik menjawab...

merisik2 juga bukit merah lake town resort, cameron highlands atau taman negara... semuanya ditolak oleh perdana menteri.. jauh sangat, perlukan masa beberapa hari, terlalu besar dan mcm2 lagi reason.. kalau boleh percutian kali ni biarlah yg simple simple sahaja...

ada juga plan nak meronda2 melaka lagi sekali.. sbb byk tmpt yg tak sempat nak cover hari tu... tak semuanya lesu jer... penat agaknya nak merayau-rayau di hari yg panas...

so, melaka pun cancel...

hmm mana lagi nak pigi nie?

1 comment:

  1. p mandi ar terjun nak?? hehe... pening kan..kat uk cuti jauh2 xkisah jek tp kat msia mmg mcm2 kena pkir..huhu

    ReplyDelete