Friday, June 10, 2011

May - full of birthday celebration

4 May : Ahmad Qamarul's birthday

Ahmad Qamarul dilahirkan di Hospital Temenggong Ibrahim Kulai jam 5.35 petang.. Bayi seberat 3.24kg ini dilahirkan secara normal. Nak kata susah sangat pun tidak, nak kata senang pun tidak.. Yang pasti, lebih sakit dari ketika melahirkan kakak dahulu... Pengalaman yang paling tidak boleh dilupa, ketika dijahit hidup hidup tanpa dibius... Kemanisan membesarkan Ahmad masih belum boleh dilupa hingga kini... Ahmad yang dilahirkan ketika ibunya sibuk dengan buku-buku pengajian peringkat ijazahnya.. Ahmad yang dibawa ke Kuala Lumpur ketika baru berusia 42 hari kerana ibu perlu menduduki peperiksaan pertengahan semester... Anakanda~moga kau membesar menjadi anak soleh yang menyejukkan hati bonda yer..

5 May : my sister, Lenny Suhana's birthdayInilah adikku yang no.5, Lenny Suhana.. Tulang belakang aku di sebalik pengurusan Irissa Laundry.. Perniagaan ini kubuka khas untuk membantunya. Moga kehidupan mereka bertambah senang, dan mudah2an rezeki kami sekeluarga bertambah berkat..

8 May : my lovely hubby, Mustafa Kamal's birthday.. Merupakan tulang belakang kepada kekuatanku di dalam apa jua bidang yang diceburi... Walaupun kadang kala, tak larat juga nak melayan bising mulutnya, namun he is my best hero ever.. nothing gonna change my love to him...bergambar kenangan di hadapan Irissa Laundry sebelum sliding door dan partition dipasang.. nampak macam luas, tapi bila dah pasang partition, letak kaunter, alahaaaii sesak nafas hihihi... keluasan 18' X 18' tak mencukupi rupanya... Takper, Insya Allah akan datang akan direbakkan ke sebelah kanan kedai pula...

20 May : ayahanda Samsudin's birthday : I only have a father and aku sangat sayangkan dia!!... Aku berusaha utk menjadi anak terbaik untuknya... Bukan wang ringgit yang akan kutaburkan tapi aku berjanji untuk membuatkan ayahanda berbangga mempunyai seorang anak sepertiku...

29 May : my birthday : aku punya terlalu banyak impian dan angan2... aku selalu berdoa agar semua mimpiku kan jadi nyata...

Kejutan ulang tahun kelahiran tahun ini ternyata berbeza dari tahun tahun sebelumnya... Tahun ini hari lahirku jatuh pada hari cuti hujung minggu. Sebagaimana biasa, aku lebih suka menghabiskan masa di kedai dobi... Mr hubby busy ke hulur ke hilir membeli nugget, fries, crab ball dan prawn ball utk dimakan beramai-ramai... Lebih kurang jam 10 malam, aku sudah berhenti dari bekerja dan bersantai-santai di hadapan tv bersama Iris..

Menjelang detik 12 malam 29 Mei, Mr hubby meminta aku masuk semula ke kedai kerana dia tertinggal hpnya di kedai. Dalam keadaan mamai, kugagahkan juga kaki melangkah masuk ke kedai.. Suasana dalam kedai sudah gelap gelita, bila kusorongkan sahaja pintu gelongsor, hidungku terbau bau hangit dan terlihat segaris cahaya di bahagian dapur kedai. Hati tersentak, adakah 'steam iron'ku meletup hingga memancarkan api? larian kecil kuatur pantas. sebaik sahaja aku melangkah ke dapur, sekujur tubuh hampir sahaja kulanggar dan aku menjerit kecil. Anak daraku si princess Liyana juga turut menjerit dan telah menjatuhkan 4 batang lilin besar yang dipasang di atas bekas aiskrim magnolia...

Mr hubby yang rupa2nya menyusul di belakangku menjerit kehampaan dan tanpa sedar, melepaskan Iris dari pelukan.. Aku segera menerpa Iris yang tergolek jatuh di sebelah mesin basuh. Kejam sungguh mr hubby!!!

Rupa2nya bau hangit yang kuhidu tadi datang dari helaian kertas yang digunakan utk menghidupkan lilin.. dan kertas itu terjatuh di atas alas kaki berhampiran sinki di kedai dobi.. Aiskrim magnolia itu pula rupa2nya pengganti kepada kek yg tidak dpt dicari di sekitar kawasan pekan parit sulong malam itu. Lilin besar pula digunakan sebagai pengganti lilin kek yang biasa digunakan... Si princess liyana menangis kekecewaan kerana telah merosakkan 'surprise' utk aku malam itu...

Walau tanpa kek dan surprise party, namun aku bahagia malam itu ketika kami lima beranak sama-sama makan aiskrim bersama-sama di dalam kedai dobi yang menjadi tunggak semangatku saat ini.. Mudah2an Allah terus memberikan kami rezeki yang tidak putus-putus.. Insya Allah...

No comments:

Post a Comment