Monday, July 25, 2011

A'Famosa Resort, Melaka

22 - 24 Julai 2011 : Pejabat Antarabangsa UTHM menganjurkan satu bengkel untuk membincangkan beberapa kertas kerja yang dibangunkan oleh Pejabat Antarabangsa. Aku sebagaimana biasa, menjadi urusetia untuk bengkel tersebut.

Memandangkan Mr.Hubby tiada aktitivi PALAPES minggu ini, aku mengajak Mus dan anak2 bersantai-santai di A'Famosa Resort Melaka. Kebetulan pula, Mus dan anak-anak belum pernah sekalipun menjejakkan kaki ke sini. Bagi peluang pada anak-anak berendam sepuasnya di A'Famosa Waterworld.

Ruang tamuRuang makanBilik 1Bilik 2

22 Julai : aku bergerak ke A'Famosa bersama rakan-rakan sepejabat dengan menaiki kenderaan pejabat. Pemandunya sudah pasti seperti biasa, 'Kak Ngah' ler sementelahan pula, adik-adikku yang lain tu, tak biasa atau tidak pernah ke A'Famosa... Inilah dia adik-adikku di Pejabat Antarabangsa dan seorang lagi diimport dari Pusat Pengajian Diploma...

Mus dan anak-anak pula menyusul selepas Maghrib, setelah menghantar Bibik ke kampung Pt.Sulong sementelahan kakak habis sekolah agama jam 6.30 petang dan mak pula memerlukan khidmat bibik kerana pada hari Ahad di rumah ada Yasinan dan mak memerlukan pembantu bagi menyediakan juadah untuk tetamu.

Semua peserta tinggal di D'Savoy Condominium.. Setiap bilik mempunyai 2 kali besar dan satu ruang tamu. Tempat penginapan terletak agak jauh dari bilik mesyuarat. Jika berjalan kaki, mengambil masa lebih kurang 5-10 minit (bergantung kepada berapa laju pergerakan kaki :))

23 Julai : sementara aku sibuk di bilik mesyuarat, Mus membawa anak-anak ke Water World bermula jam 9.45 pagi sehinggalah 4.45 petang.. Hanya berhenti untuk makan tengahari sahaja dan sambung main air semula.

Bayaran masuk ke WaterWorld RM36 (dewasa) termasuk makan tengahari dan RM32 (kanak-kanak) termasuk makan tengahari. No outside food are allowed tapi harga makanan di dalam Waterworld ini sangat mahal yer!...

24 Julai : seawal 8.00 pagi kami sekeluarga telah bertolak pulang ke Parit Sulong. Secara jujurnya, aku sangat tidak berpuashati dengan trip kali ini kerana tidak berpeluang mengambil gambar di sekitar A'Famosa terutama di dalam Water World. Di dalam hati terpendam azam, untuk kembali semula ke sini satu hari nanti. Insya Allah mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah...

Setiap hari Ahad petang, aktiviti rutin yang dijalankan di kampung adalah Majlis Yasinan yang dihadiri oleh kaum Ibu. Setiap minggu, giliran tuan rumah silih berganti, bergantung kepada permintaan. Kebiasaannya, tuan rumah yang berhajat akan menyuarakan hasrat mereka kepada Ketua Yasinan dan disebarkan di kalangan ahli selepas tamat bacaan Yasin beramai-ramai diadakan.

Dan sebagaimana rutinnya juga, penutup Yasinan akan dibuat di rumah mak, memandangkan mak merupakan Ketua Yasinan di kawasan Parit Sulong. Penutup Yasin ini bermakna,inilah aktiviti Yasinan terakhir sebelum direhatkan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.

Majlis Khatam Al-Quran ini pula diadakan sempena Majlis Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran kepada anak-anak murid mak yang telah menamatkan bacaan Al-Quran...

Majlis Khatam Al-Quran dan Yasinan di rumah mak..

Sungguh gembira rasa di hati, kerana Baha-Awin sekeluarga sudi berkunjung ke teratak kami di Parit Sulong...

No comments:

Post a Comment