Tuesday, July 12, 2011

Mencari Kasih Sejati...

Entah apa sinonimnya tajuk dan entri pun aku tak tau.. tapi apa yg aku nak cerita di sini, sebenarnya tentang kuih tradisional masyarakat melayu iaitu KARIPAP atau di zaman kecilku dulu, aku panggil EPOK-EPOK...

Menurut WIKIPEDIA BAHASA MELAYU :-
Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Menurut WIKEPEDIA BAHASA MELAYU juga, karipap juga ada pelbagai jenis. Antara jenis karipap yang biasa dibuat ialah karipap daging, temosa atau karipap ikan, karipap sardin dan karipap pusing.

Karipap daging
Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap ayam
Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Temosa/Karipap ikan
Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang

Karipap sardin
Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.

Karipap pusing
Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.


Di entri yang terdahulu bertajuk Tiada Beban Batu Digalas, aku pernah menceritakan tentang projekku membuat kuih untuk jualan di kantin tempat kerjaku. Tujuan utama projek ini hanyalah untuk membantu bibikku mendapatkan pendapatan tambahan sementelahan bibik memang minat berniaga kuih-muih dan bahan-bahan masakan.

Sejak 2 bulan yang lalu, projek kami telah direhatkan buat seketika lantaran pelajar yang telah pulang bercuti semester selama 4 bulan. Walaupun tiada jualan lagi sepanjang hari, namun banyak juga aku menerima tempahan dari rakan-rakan walaupun dalam bilangan yang tidak banyak. Ada juga kawan-kawan yang tempah siap dengan air dan heavy dishes mcm nasi goreng ke, mee goreng ke..

Dan kini, aktiviti membuat karipap ini telah maju setapak lagi di mana, banyak pula permintaan untuk mendapatkan karipap frozen. Rasa-rasa macam nak dikomersialkanlah pulak perniagaan nie.. Mulalah terfikir nak dapatkan bantuan IKS untuk membeli mesin menguli tepung dan juga peralatan pembungkusan. Kalau setakat sekilo tepung, tiada masalah untuk menguli. Tapi, kalau dah banyak-banyak, tak teruli jugak rasanya nie...

Chewaaaaaaaaaah... besarnyalah angan2 makcik Laily nie kan.. what ever lah Laily.. Rakan2 pembaca, jangan dilayanlah makcik yang suka sangat merapu ni yer...

No comments:

Post a Comment