Saturday, April 14, 2012

Berbaik-sangka lah Dengan Allah

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat kepadanya

Malaikat yg Pertama akan mengambil Selera makannya
Malaikat yg kedua akan mengambil Rezekinya
Malaikat yg ketiga akan mengambil Kecantikan wajahnya (pucat)
Malaikat yg keempat akan mengambil Dosanya

Apabila telah sampai waktunya Allah tetapkan hambaNya itu kembali sihat, maka Allah akan memerintahkan Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga mengembalikan apa yg telah diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Ke Empat memberi balik dosa yg telah diambil..

Subhanallah, betapa Allah mengasihi hambaNya, betapa mulia dan baik hatinya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit. Bersyukurlah dan ucapkan Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa-dosa.

Alhmdulillah.. Sy berjaya mengharungi detik detik sukar berdepan dgn ujian kesakitan selepas menjalani major operation atas sebb 'ectopic pregnancy' atau biasa disebut mengandung luar rahim.. Oleh kerana salur fellofeum sudah pecah, doktor segera membuat pembedahan dgn membelah perut, membuang salur fellofeum yg telah pecah serta mencuci darah yg telah memenuhi kesuluruhan abdomen. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa dan sy sgt bersyukur dgn ketentuan Allah. Sy redha  dgn perancangan Allah, sebaik2 perancang.. Sy yakin Allah akan gantikan dgn yg lbih baik.. Insya Allah.. Setiap kejadian sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.. Satu persatu hijab Allah buka utk sy terus bersyukur dgn rahmat dan ketentuan Allah..

Mengharungi kesakitan terutama dlm tempoh 2-3 minggu pertama sgt sukar sbnarnya.. Sy tidak mampu utk bngkit dri pmbringan sndirian.. Sy hnya mampu solat secara duduk, tidak berupaya bersolat secara normal.. Juga,  bertarung dgn kesakitan ketika batuk... Juga,Sukar melelapkan mata di waktu malam..  Serta, Sukar mmbuang air secara normal, sehari hnya berjaya sekali shj. Setiap kali terasa ingin buang angin atau buang air besar, perut akan terasa sakit memulas-mulas bagaikkan ada mesin yg memintal2 usus sy.. 

Hari ini sudah cukup 44 hari sy berpntang.. Keadaan sy mmg sudah semakin sihat dan segar tapi rasa pedih  pedih masih ada di bhgn dlm perut.. Kdg kala, terasa bagai dicucuk cucuk dgn pisau atau sesuatu yg tajam.. Sy tahu, luka di dlm masih belum pulih sepenuhnya.. Sy masih perlu berpantang dri makan makanan laut, makanan bercuka, makanan yg gatal ataupun yg sejuk.. Isnin depan, sy akan mula bertugas spt biasa. Dua minggu terakhir Cuti Sakit, 45 hari terasa begitu pantas berlalu.. Berbeza dgn dua minggu awal Cuti Sakit, terasa begitu lmbt merangkak... Pejam celik pejam celik, Alhmdulillah sy rupa2nya telah berjaya mgharungi detik2 sukar berehat panjaang sepanjang tempoh sakit..

Biasanya klu ada yg bertnya ttg keadaan sy, sy akan jawab yg sy telah sembuh... Walhal, pedih di dlm masih terasa2 lagi.. Sy perlu terus kuat dan tunjukkan yg sy kuat spy aura positif akan terus mewarnai hidup sy.. Klu sy terus2an bermurung dan terlantar di atas katil, siapa yg akan ambil peduli dgn nasib sy, anak2 serta keluarga.. Biar apa pun dugaan dan ujian yg melanda, kehidupan perlu diteruskan.. Selama mana kita perlu bergantung shj pd org lain? Selama mana org lain boleh menolong kita? Selama mana en suami boleh masuk ke dapur masakkan makanan utk kita dan anak2? Selama mana en suami boleh drive utk kita, bwk kita ke hulu hilir sepanjang masa?

Terus terang, masuk minggu ke 5, saya sudah mula masuk ke dapur, masak utk diri sendiri serta lauk pauk utk anak2.. Sya juga sudah ke pasar membeli lauk, saya sudah ke kedai runcit atau pasaraya membeli groceries.., sy sudah menghantar dan mengambil anak sekolah, sy juga sudah ke bank urusan keluar masuk duit kedai dobi.. Sy juga dah ke bandar Batu Pahat utk ambil brg tupperware.. Ke Pt Sulong utk hantar dan ambil karpet pun sy dah buat..  Then, lelaki biasalah kan.. Kalau tgk kita dah sihat sikit, faham cukuplah... Cuma satu jer yg sy belum buat lagi! ANGKAT BARANG! Yg ini mmg sy tak berani nak buat!

Di awalnya en suami selalu bertanya "boleh ke bu, pegi kedai sendiri?" "boleh ke bu, drive kereta?" "boleh ke bu, ambil anak?".. Sy terpaksa berbohong yg sy boleh lakukan semua itu sendirian.. "boleh Insya Allah..,pelan pelan jerla" itu jwpn standard sy.. Sy slalu berfikir, smpai bila sy nak bergantung harap kat suami? Smpai bila sy nak susahkan suami? Sampai bila sy nak bebankan suami? Sedangkan en suami ada 1001 macam urusan/kerja yg perlu diselesaikan.. Tugas2 hakikinya terlalu byk, berjela2 panjang to-do-list'nya... Kelas? Kertas ujian? Soalan exam? Gran? Research? Meeting? PaLAPES? Dgn bebanan pengajian yg belum selesai lagi... Bukankah melampau klu saya terus2an menambahkan listnya? Mudah2an Allah terus beri sy kekuatan utk terus kuat.. Sy tak boleh tunjukkan kelemahan sy.. Sy mesti terus kuat..demi suami, anak2 dan keluarga..Semoga segala perancangan dipermudahkan oleh Allah, sebaik2 perancang.. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment