Tuesday, April 24, 2012

Seminggu bagaikan sebulan

Seminggu pertama naik kerja, rasa macam dah sebulan bekerja... Ya Ampuuuuun sibuknya.. Letih rasa badan nie.. Dengan perut yang masih belum pulih sepenuhnya, nak berenyah ke sana ke mari tak berapa kuat rasanya...

18 April (Rabu)
Kursus Ketrampilan Diri & Tatarias anjuran Persatuan Setiausaha UTHM (SUTERA)
Petang : balik dari kerja terus ke Batu Pahat untuk ambil barang tupperware, hantar baju dry clean, dan kemudian balik ke Pt Sulong untuk ambil karpet.


19 April (Khamis)
Awal pagi : Buat pusingan roundabout dalam UTHM, hantar barang2 tupperware dan collect payment
9.00 pagi : Pelawat dari Universitas Kanjuruhan, Malang, Indonesia

20 April (Jumaat)
Meeting SUTERA dan juga persiapan untuk Jumbo Sales SUTERA

Malam : Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Y.Bhg. Dato KSU Kementerian Pengajian Tinggi...



21 April (Sabtu)
Ke Johor Bahru untuk beli sabun/pewangi untuk kedai dobi dan singgah rumah Zai di Taman Pulai Perdana (malangnya takde gambar yang di'snap' huhu... besar rumah Zai... mmg puashatilah!!)

22 April (Ahad)
Buat pusingan roundabout di sekitar Parit Raja, hantar barang tupperware dan juga collect karpet dan toto.
Pastu, buat pusingan roundabout di bandar Batu Pahat pula, ambil barang tupperware dan ambil baju dry clean.
Then, balik Parit Sulong untuk ambil karpet.. Giler penuh si hitam manis dengan karpet, toto dan baju dry clean. Baru jer selesai urusan di kedai, dah dapat call dari kawan, bagitau nak datang rumah.. Kelam kelibut start enjin kereta balik ke Parit Raja.. Kata nak datang kul 6, alih alih lepas maghrib baru sampai.. Sempat jugaklah masak-masak untuk makan malam dulu sementara nak tunggu kawan tu sampai....





23 April (Isnin)
Jualan Amal (Jumbo Sales) anjuran SUTERA UTHM... Giler punya penat... Sampai di ruang legar Perpustakaan jam 8.15 pagi sorang AJK pun belum sampai lagi.. Meja bukan sahaja belum bersusun, malah salah tempat pulak tu derang hantar... Apa lagi, sengseng lengan dengan sorang lagi kawan, angkat meja dan kerusi.. Rasa macam nak tersiat jer kulit kepedihan di bahagian dalam perut bila buat kerja berenyah-renyah macam tu... Semua orang bising, tak bagi buat kerja berat-berat especially angkat mengangkat tapi, korang datang bila meja dah siap angkat ceh!, mana aci...hehehe...




1 comment:

  1. puyooo..mau 6 bulan tak leh angkat berat tau laily... kalo tak nnt jahitan tak cantik,,tersembul2..(kata org la).. ko wat tak tau je la.sapa soh angkat

    ReplyDelete