Wednesday, April 25, 2012

Minggu Setiausaha di UTHM : 25 April 2012

Aku seronok jadi Setiausaha sebab tiap-tiap tahun pasti akan ada sambutan untuk Setiausaha. Tarikh sebenar sambutan, aku tidak pasti tak pasti tapi ia akan jatuh pada setiap bulan April. Oleh itu sepanjang bulan April, akan banyaklah program-program untuk meraikan seksiteri-seksiteri ni yg diadakan seperti  seminar, makan malam, makan tengahari, konsert dan macam-macam lagilah. Kalau syarikat swasta, biasanya boss-boss akan bawak seksiteri-seksiteri derang gi tgk konsert Anuar Zain ke, Jamal Abdillah ke, Siti Nurhaliza ke...

Di UTHM, sambutan Minggu Setiausaha tahun ini disambut dengan pelbagai acara menarik sepanjang minggu. Antaranya Ceramah "Kerja Itu Ibadah" (11 April 2012), Kursus Penampilan diri & Tatarias (18 April 2012), Jualan Amal (23 April 2012) dan diakhiri dengan acara penutup Makan Malam Gala yang sangatlah glam (25 April 2012)...heehe... Tema dinner kali ni "Traditional Purple Glam"...
Tarikh : 25 April 2012
Masa : 8.00 malam
Tempat : DTII,  UTHM
Pelbagai hadiah menarik menanti para Setiausaha untuk cabutan bertuah.. Malam tu, aku rasa diri aku sgtlah bertuah sbb aku dpt lucky draw handbag yg sangat cantik!!!.... Actually hari Jumaat before dinner tu, Kak Suhailah Philip, AJK Biro Kebajikan mohon aku wakilkan dia ke meeting AJK SUTERA. Aku pun dah belek belek senarai hadiah untuk lucky draw.. Sajer jer buat buat lawak kat member-member aku nak handbag, aku nak handbag sambil gelak-gelak.. Alhamdulillah, dapat jugak handbag tu kat aku rupa-rupanya hehehe... Walaupun h/bag tu bukan coach ke, Giorgio Amani ke, Clarks ke... Tapi, dah namanya handbag, memang ler aku suka!... En. Mus sampai dah block h/bag dari shopping list aku!.. Nampak gaya, birthday tahun ni, tak dapat ler nak kecek h/bag kat Mus..huhu... (syyyyy...aku dah aim satu Carlo Rino huhu... haha...)
Y.Bhg. Dato Naib Canselor sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah
tempat ke 7 kepada Puan Laily Mariana Samsudin

Inilah dia handbag terbaru yang sangat menawan... sgt sesuai dipakai dengan baju Sulam Kerawang pink
yg beli dgn Shad De Closet hari tu hehehe...
Lagi satu sebab (aku rasalah)... petang before dinner tu, mak mertua datang rumah... Mak sudah berkenan dengan kain sulam warna purple yang aku beli dengan Shad & De Closet tu... Aku dgn ikhlas hati, hadiahkan kat mak sebgai hadiah hari raya... Itulah sebabnya Allah gantikan dengan barang lain pulak.. Alhamdulillah...

Lepas tu, hari Jumaat (27 April 2012), dapat pulak hadiah jam tangan dari boss sempena hari Setiausaha. Syukur syukur Ya Allah... Berganda-ganda rezeki datang minggu tu...hehehe


Oh!ya, jangan tak tau... boss kita siap nyanyi tau kat Malam Gala hari tu... sporting giler, suara pun wow!boleh tahan heheehe... cuba la dgr video clip ni kalau jelas la yer..hehehe...
video

Dan, lagi satu.. Jangan sangka para setiausaha cuma tahu menaip jer yer.. Ada juga bakat-bakat terpendam mak mak orang ni rupanya... Sorilah, gambar jauh la.. Abes, big big boss dah duduk kat depan depan tu, takkanlah kita nak diri depan meja derang lak kan, amik gambo... segan sey...hehehe...

Oh!ya... 2 tahun lepas, aku menang Miss SUTERA 2010 yer... glemer tak baju? hahahha...


No comments:

Post a Comment