Monday, July 16, 2012

12/7/12 : Padat + Penat

Cantik jugak yer tarikh nie!... Hari ni saya nak kongsikan pengalaman padat + penat saya hujung minggu yang lalu... Setelah berbincang dengan Mr Kanda, Mus pun ternyata seronok untuk menanti kedatangan kami anak beranak ke UUM... Saya sebagaimana biasa, telah menyiapkan itenarari dan dah sms'kan kepada Mus.. Mus pun nampaknya bersetuju, cuma kalau boleh, Mus lebih suka kalau saya bergerak pagi, supaya boleh sampai sebelum hari gelap..


Saya pun sebenarnya memang nak gerak awal-awal pagi, tapi anak-anak ada Hari Sukan Sekolah pada 12/7/12. Ayah saya pula masuk wad pada 11/7/2012.. Jadi, jadual saya sudah menjadi agak kucar kacir sedikit... Boss pulak, time kita kalut macam ni, macam-macam lah pulak 'wahyu last last minute'nya.. Kebetulan pula, boss bercuti 12 & 13 Julai 2012, disambung pula dengan outsation pada 15-17 Julai 2012, so macam-macamlah tugasan 'last minute' yang diberikan, terutama untuk persiapan malam Kebudayaan Asia yang akan berlangsung pada 17 Julai 2012.. Ditambah pula, pada 13/7/2012 Persatuan Setiausaha UTHM (SUTERA) akan membuka kaunter jualan sempena Hari Terbuka KSKUiTTHO, dan saya pula menjadi Ketua Kaunter Jualan! Itu yang menjadikan jadual bertambah kucar kacir.. 


12/7/12
7.00 pagi : Hantar anak ke sekolah. Balik dari hantar anak, siap-siapkan packing karpet yang sudah siap dicuci
8.00 pagi : Masuk ofis jap.. Settle'kan pesanan-pesanan terakhir boss serta tugasan-tugasan terakhir Kaunter Jualan SUTERA
8.30 pagi : Gi breakfast dengan kengkawan
9.00 pagi : Buat facial di Parit Raja.. (sempat lagi tu!.. Sebab, dah buat appointment kan..hehe)
10.30 pagi : Ambil anak di sekolah, balik rumah dan loading barang dalam kereta.
11.00 pagi : Bergerak ke Batu Pahat... Hajat di hati, nak bawa anak2 jumpa ayahanda di Hospital Batu Pahat, tapi tidak kesampaian sebab anak2 tidak boleh naik dan ayah pulak tak boleh turun. So, teruskan perjalanan ke Parit Sulong untuk ambil adik Lina yang akan jadi Co-Pilot saya sepanjang perjalanan ke utara nanti..
11.45 pagi : Tiba di Parit Sulong.. Turunkan semua karpet, dan susun semula beg..
12.00 t/hari : Memulakan perjalanan ke UUM
12.30 t/hari : Berhenti makan tengahari di R&R Pagoh
1.15 petang : Meneruskan perjalanan ke UUM
4.15 petang : Berhenti rehat di R&R Tapah
5.15 petang : Setelah mengerjakan solat Jamak Ta'khir, kami meneruskan perjalanan ke UUM. Hajat di hati nak singgah di R&R Sungai Perak, tapi tidak kesampaian sebab baru lepas berhenti di Tapah, so malas nak berhenti-henti lagi..
9.00 malam : Tiba di UUM
10.00 malam : Keluar makan di D Bamboo Seafood, tidak jauh dari Kampus UUM


13/7/2012 
8.30 pagi : Menyaksikan pegawai-pegawai kadet PALAPES IPTA MALAYSIA berlatih kawad di Padang Kawad UUM
10.30 pagi : Ke Bukit Kayu Hitam dan shopping cokelat di The Zone, Duty Free Zone, Bukit Kayu Hitam
12.30 t/hari : Makan tengahari di rumah Abang Basri/K Izan, sahabat yang kami kenali di Nottingham dahulu
3.00 petang : Pulang semula ke UUM, dan berehat-rehat di bilik.. Petang inilah, baru terasa kepenatan memandu semalam.. Bahu terasa lenguh, badan tidak bermaya... Hajat di hati nak ke Alor Setar untuk menjengah Abg Manaf & Syariza juga tidak kesampaian kerana keletihan yang amat..
6.30 petang : Bergerak ke Kuala Perlis
8.00 malam : Dinner di Restoran Lynda Ikan Bakar, Kuala Perlis
10.00 malam : Bertolak balik ke UUM


14/7/2012
8.30 pagi : Meninggalkan UUM dengan hati yang berat.. Entah bila lagi agaknya nak ke UUM lagi... Bertolak ke Alor Setar
9.30 pagi : Tiba di Alor Setar dan singgah sebentar di rumah sepupu Mr Kanda (Kak Long Azah).. Sempat juga kami menjamah sarapan pagi yang enak! Jemput-jemput ikan bilis!..
10.30 pagi : Ke Pekan Rabu, Alor Setar untuk membeli ikan pekasam (my favourite..)
11.00 pagi : Bertolak ke Penang
12.30 t/hari : Tiba di rumah kawan Adik Lina di Gelugor, Pulau Pinang. Makan tengahari, solat dan rehat seketika
3.00 petang : Meneruskan perjalanan ke selatan
3.30 petang : Stranded di Changkat Jering, tayar kereta pecah
4.00 petang : Exit Changkat Jering dan tukar ke-empat-empat tayar
6.15 petang : Meneruskan perjalanan ke selatan
8.15 malam : Berhenti rehat di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Adik saya (Ateh) sudah menanti ketibaan kami.. Pakteh belanja sate Hj. Samuri dan nasi lemak! TQ Pakteh!..
9.15 malam : Meneruskan perjalan ke Parit Sulong
11.45 malam : Tiba di Parit Sulong, hantar adik Lina dan meneruskan perjalanan ke Parit Raja
12.45 malam : Safely arrived my home sweet home Taman Robena Parit Raja...
Ya Allah, letihnya badan.. sakit pinggang duduk lama-lama dalam kereta.. Tapi syukur, perjalanan selamat dan hati pun puas!... 


Pengalaman berdepan dengan tayar kereta pecah sebenarnya adalah pengalaman pertama dalam hidup kami suami isteri... Sepanjang kami menggunakan kereta BMW ini sejak tahun 2009, memang sudah beberapa kali tayar pancit dan kebiasaannya hanya di sekitar Parit Raja sahaja... Mr Kanda sendiri realise that tayar kereta dah sampai masa untuk diganti, tetapi masih berlengah-lengah lagi... Sewaktu merancang perjalanan ke UUM, di hati saya terbetik juga, bagaimana condition tayar kereta saya? Mampukah sampai ke utara nanti? Namun, bila tiada apa-apa saranan dari Mr Kanda, hati menjadi sedikit confident...


Sepanjang perjalanan dari Selatan ke Utara, Alhamdulillah..., tiada apa-apa masalah.. Cuma, bila semakin menghampiri Changlun, sekitar kawasan tol Hutan Kampung, condition kereta agak mencurigakan. Setiap kali kereta bergerak perlahan, keadaan kereta agak tidak stabil, gegaran stereng agak kuat bergerak. Tetapi tidak jika bergerak laju.. Tiba di UUM, Mr Kanda juga perasan keadaan yang sama. Sehinggalah sewaktu dalam perjalanan pulang. Keluar sahaja dari Jambatan Pulau Pinang, Mr Kanda minta saya drive kereta kerana Mus ingin berehat seketika. Ketika kelajuan kereta mencapai tahap maksima 120 km/j, saya terdengar bunyi aneh dari tayar belakang dan gegaran stereng semakin ketara. Di dalam hati, ini mesti tayar pancit atau pecah.. Saya mengambil tindakan segera memperlahankan kenderaan, bergerak ke kiri dan berhenti di lorong kecemasan. Keluar sahaja dari kereta, ternyata memang tayar kereta sudah pecah!... Anak2 kami arahkan untuk berehat di bawah pokok di tepi lebuhraya bersama Adik Lina.. Saya dan Mus mengeluarkan beg dari bonet kereta, serta mengeluarkan tayar  'spare'.. Sedang kami suami/isteri terbongkok-bongkok tertonggeng-tonggeng di tepi lebuhraya, PLUS PERONDA berhenti di belakang kereta kami dan menghulurkan bantuan... Syukur Ya Allah, pertolongan Mu datang dari pelbagai cara!


Selesai menggantikan tayar kereta yang pecah dengan tayar 'spare', kami bergerak perlahan-lahan dan exit di Tol Changkat Jering... Tidak jauh dari tol, terdapat sebuah kedai tayar dan Mr Kanda ambil keputusan untuk tukar ke-empat-empat tayar keretanya!... I like!..hehe.. Kami bersembang-sembang sesama kami... "Jauh perjalanan tayar kereta kita ni yer bu.. Akhirnya tayar-tayar UK ini bersemadi nuuun jauh di Changkat Jering sana.." :)


Itu kisah tayar kereta... Ada lagi satu kisah yer!... Ada lagi... Yang ini kisah 'roadtax' pula.. Betapalah makcik yang sorang ni, tahunya cuma start kereta, jalan.. Start kereta, jalan jer kan?... Roadtax dah mati 8 Julai 2012, pun tak perasan.. Boleh selamba badak jer memandu hingga ke UUM.. Yang mula-mula perasan, Adik Lina lah! Sebab dia yg jadik Co-Pilot kan.. Itupun perasannya dah sampai tol Juru sana..hehe...


Mr Kanda bila diberitahu roadtax kereta dah mati, cepat-cepat dia call Cik Hajar, agen insurannya di Parit Raja.. Betapalah canggihnya dunia tanpa sempadan sekarang nie yer.. Call sahaja dari Sintok, agen uruskan roadtax di Parit Raja, then kami print sahaja statement di Changlun melalui "MYEG"... Hebat sungguh teknologi sekarang.. Kami bersyukur kepada Mu Ya Allah, semua urusan kami dipermudahkan.. Walaupun banyak rupanya ujian yang diberikan, namun banyak juga jalan yang kau permudahkan untuk kami menyelesaikan masalah-masalah yang mendatang...

No comments:

Post a Comment