Wednesday, July 4, 2012

Pindah rumah

Tetiba hari ni terasa nak cerita pasal pindah rumah... Kata orang, kalau dah 7 kali pindah randah, boleh jadi papa kedana... Saya rasa saya dah pindah rumah ni, lebih 7 kali rasanya... Makin penuh rumah, dengan barang-barang adalah kot..hehe

Kisah pindah rumah ni, saya nak pecahkan kepada dua seksyen.. Seksyen A ialah ketika anak dara hehe, masa belum berkahwin.. Seksyen B pula, rumah-rumah yang pernah didiami setelah mendirikan rumahtangga hehe..

Seksyen A (chewah..seksyen la plak.. Dah macam soalan final exam jer..hehe)

1. Rumah pertama yang saya diami ialah rumah makcik saya di Kampung Kastam, Johor Bahru.. Masa tu, saya baru mula-mula bekerja di Johor Bahru.. Sebelum bekerja di JB, saya kerja di kilang Mitsumi Electonic (BP) di Batu Pahat, so saya tinggal di rumah mak di Parit Sulong... Setelah menerima tawaran bekerja di Kelana Ventures Sdn Bhd Johor Bahru, saya menumpang di rumah makcik saya di Kampung Kastam.  Dari Kg Kastam ke tempat kerja saya di Metropolis Tower (Jalan Dato' Abdullah Tahir) sebenarnya tidak jauh, tetapi saya perlu menaiki dua buah bas untuk ke tempat kerja... Dari rumah makcik nak ke tempat tunggu bas pun, boleh tahan jauhnya nak menapak....

2. Setelah beberapa bulan tinggal di rumah makcik, saya terasa ingin berdikari.. Saya minta keizinan dari makcik utk menyewa sendiri, di Flat Bukit Chagar.. Masa tu, saya macam sewa bilik la, sbb saya tinggal dengan seorang ibu tunggal bersama anak tunggalnya... Saya suka tinggal di Bukit Chagar sebab kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru.. Dari Bukit Chagar ke tempat kerja sangatlah dekat.. Kalau naik bas, cuma 2 hentian sahaja hehe.. Sebab itu, saya suka jalan kaki jer ke tempat kerja.. Masuk kerja jam 8.30 pagi, jam 7.30 pagi saya dah keluar rumah... Kadang2, saya ada kawan yang temankan saya jalan kaki... Kalau ada kawan, memang langsung tak rasa penat berjalan.. Alih-alih dah sampai ofis hehe.. Tapi, satu jer masalah kat Bukit Chagar nie, lif selalu rosak.. Bayangkanlah saya tinggal di Tingkat 11, terpaksa memanjat tangga setiap hari.. Nasib baiklah masa tu, masih muda belia, tenaga pun masih banyak lagi, stamina pun tinggi...

3. Rumah ketiga yang saya diami di Johor Bahru ialah di Flat Stulang Laut.. Di rumah ini, saya tinggal bersama kawan baik saya Mahriza dan juga 2 orang lagi kawan Mahriza yang juga kawan sekampung Mahriza... Saya tinggal di sini tidak lama lantaran telah menerima tawaran bekerja di UTM Skudai.. Maka berpindahlah saya ke Skudai...

4. Rumah ke empat saya (rasanya tidak boleh dipanggil rumah) kerana saya menyewa bilik di tingkat atas rumah kedai di Taman Sri Skudai. Di sini, saya tinggal bersama anak-anak dara yang lain, sebelum berpindah ke sebuah rumah kedai yang lain kerana tuan tanah kedaung nak ambil alih rumah...

5. Rumah ke lima (juga rumah kedai), terletak di Taman Sri Puteri, Skudai... Di sini saya tinggal bersama pelajar-pelajar UTM..

6. Rumah ke enam, adalah sebuah rumah murah (2 bilik) yang terletak di Taman Teratai (bersebelahan Taman Sri Pulai).. Ketika mendiami rumah ini, saya sudah bertunang, dan saya tinggal bersama adik saya yang bersekolah di JB ketika itu.

Tamatlah kisah seksyen A (fasa sebelum mendirikan rumahtangga) kerana selepas ini adalah rumah-rumah yang saya diami selepas saya berumahtangga pula....

1. Rumah pertama yang saya diami setelah mendirikan rumahtangga ialah rumah murah Taman Teratai.. Kadar sewa ketika kalau tidak silap sekitar RM300 sebulan.

2. Tidak lama kemudian, saya berpindah ke rumah kos sederhana rendah (tiga bilik) yang terletak di Taman Universiti. Sewanya ketika itu RM350 sebulan.  Ketika menetap di sinlah, saya melahirkan anak pertama saya, Liyana Amnani...

3. Lebih kurang setahun setelah melahirkan anak pertama, saya berpindah rumah lagi, iaitu tinggal di Kolej Kediaman di dalam UTM.. Ketika menginap di sini, saya melahirkan anak kedua saya, iaitu Ahmad Qamarul..

4. Dua tahun kemudian, saya berpindah rumah ke Taman Teratai semula, tetapi kali ini rumah sederhana rendah (3 bilik)... Saya tinggal bersebelahan dengan sepupu saya, Allahyarham Rosman Md. Zain. Al-Fatihah buat Allahyarham...

5. Sekitar tahun 2004, rumah yang kami beli di Taman Pulai Indah siap dibina. Kami berpindah ke rumah sendiri pada bulan Mei 2004. Dalam hati terpahat kegembiraan, akan berakhirlah kemarau berpindah randah ini, setelah selamat berpindah ke rumah sendiri.  Namun ternyata perancangan Allah itu, adalah sebaik-baik perancangan. Saya bertukar tempat kerja dari UTM Skudai ke UTHM Parit Raja bermula 1/12/2004.. Maka berpindahlah kami ke Parit Raja.. Kadang-kala saya senyum sendirian.. Sewaktu saya mula-mula berhijrah ke Johor Bahru, saya hanya berbekalkan sebuah beg baju sahaja! Tetapi bila pulang semula ke Batu Pahat, 2 lori PALAPES penuh dengan barang-barang termasuk pasu bunga! haha

6. Rumah ke enam yang kami sewa ialah di Taman Manis Parit Raja... Sangka kami, inilah rumah terakhir yang kami sewa sebelum terbang ke bumi England.. Namun takdir Allah tiada siapa yang mampu menjangka. Tiba-tiba sahaja tuan rumah meminta kami mengosongkan rumah kerana ingin menjual rumah yang sedang kami sewa itu... Mujur juga Allah memudahkan urusan kami, di mana terdapat rumah kosong yang ingin disewakan selang 5 buah rumah sahaja dari rumah kami!

7. Rumah ke 7 yang kami sewa, sebaris dengan rumah ke 6, hanya selang 5 pintu sahaja. Dan kami tinggal di rumah ini cuma beberapa bulan sahaja sementara menanti penerbangan ke London...

Syukur Alhamdulillah, di Nottingham kami tidak berpindah randah rumah... Terima kasih kepada host kami yang sangat baik yang telah berusaha mencari sebuah rumah sewa utk kami, Brother Black!!!... Itulah satu-satunya rumah kami di Nottingham, "Laurie Avenue"... tq too to Mr Qayyum our Landlord..
(mood : rindukan Laurie Avenue sesangat nie!!!huhuhu)

Balik dari UK, kami menetap di Taman Mekar, Air Hitam di rumah seorang rakan yang juga sedang melanjutkan pengajian di London.. Sementara menanti kepulangan Adnan, kami berusaha mencari tapak tanah untuk membuat rumah.. Namun, nampaknya sekali lagi perancangan Allah itu lebih sempurna berbanding perancangan kita sebagai hamba-Nya... Projek rumah kami terbengkalai beberapa ketika, dan kami mula berusaha mencari rumah sewa yang lain sementara menanti waktu yang sesuai utk membina rumah.

Kami berpindah ke Taman Robena Parit Raja penghujung bulan Mei 2010.. Kebiasaannya, setiap kali kami pindah rumah, kami pasti mengecat rumah untuk menyuntik aura dan semangat baru bila masuk ke rumah baru nanti.. Di rumah Taman Robena ini, saya mengecat rumah ini di hari lahir saya 29 Mei 2010... Dan kini sudah 2 tahun kami menginap di Taman Robena.. Alhamdulillah, rumah ini sungguh selesa dan dekat dengan sekolah, UTHM, kedai runcit dan juga masjid.. Setiap kali azan Subuh berkumandang, hati pasti tersentuh...

Sekarang ini, hati saya sedang berbunga-bunga riang kerana pembinaan "cottage" saya akan bermula tidak lama lagi Insya Allah... Hari ni Mr Hubby ke Batu Pahat untuk urusan peguam dan Insya Allah minggu ini atau minggu depan borang kami akan dihantar ke Perbendaharaan...

Syukur...syukur.. syukur Ya Allah... Sabar itu indah kan?.. Allah itu kan sebaik-baik perancang... Saya sentiasa berbaik sangka dengan Allah mengapa mimpi-mimpi saya belum lagi tertunai selama ini. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami sekeluarga dan bila ketikanya yang terbaik untuk kami sekeluarga.. Thanks Allah... Saya tahu pasti banyak dugaan di sepanjang pembinaan nanti, tapi Insya Allah kami sudah bersedia!..

(mood : nak berangan duduk rumah baru.....lalalalala~~~)

No comments:

Post a Comment