Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Hari ni last day kerja.. Esok dah start cuti raya.. Petang ni nak balik parit sulong, nak tolong mak pasang langsir baru (pengumuman yea, kali terakhir mak tukar langsir ialah 5 tahun yang lalu).. so, hari raya tahun ini rumah mak bukan sahaja diserikan dengan cucu-cucu yang dah 2 tahun tak dapat beraya bersama tapi juga braya dengan langsir yang sangat cantik!.. hehehe...

ptg ni hanya kami bertiga yang balik, mummy,iris dan pembantu.. anak2 dan ayah stay kat umah air hitam sebab esok masih bersekolah...

rasa2nya banyak lagi bende nak buat kat umah mak tu... tu yg balik jugak petang nie... harap2 esok boleh settlekan banyak bende sebab hari jumaat nak kerjakan rumah sendiri di air hitam pulak.. then hari sabtu lepas sahur dah nak bertolak balik ke kota tinggi...

tahun ni turn balik beraya di rumah hubby... keputusan muktamad tiada sebarang rundingan walaupun mak parit sulong cuba mengecek... then hari raya kedua malam baru balik ke parit sulong... tak tau lagi nak stay sampai hari apa di parit sulong... rasa2nya dalam hari jumaat or khamis nak ke johor bahru utk beraya di rumah sedara mara di johor bahru...

ok jumpa lagi Insya ALlah di lain entry...

8 comments:

  1. selamat hari raya kak, klu kita la, tiap2 thun nk mengecek blik raya kat rumah mak sdri..haha tp xleh sb nk fair-and-square..huhu..parit sulong n kota tinggi tu area wajib kt g every hari raya...:D

    ReplyDelete
  2. huwaaaa..........nak balik jugakkkkkkkk...!!!! Iris..... unty nak ikut...

    ReplyDelete
  3. slmt hari raya kak laily n family..mohon maaf klu ada salah silap sepjg persahabatan kite..dgn pesanan beraya tu igt2 le kt kami kt Notts ni yek..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Laily..

    Kami juga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat Kak Laily sekeluarga.. semoga bergembira bersama keluarga di hari lebaran..

    Bila kak Laily sebut nak beraya rumah mertua, Ana terus teringat iklan di radio ERA (lawak iklan tu).. hihihihi

    ReplyDelete
  5. Laily,

    Salam aidilfitri. Rindu Laily sekeluarga di aidifitri kali ini. Kalau tak, rumah pertama kami beraya rumah Laily lah, jiran terdekat.Maaf zahir batin dari kami sekeluarga. Jemput dtg open house Forest Field pd 3rd Oktober :)

    kak zlaa

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya untuk kak Laily sekeluarga...

    Saya raya 1st kat Muar. Raya 2-3 kat BP. 4 balik Muar semula. 5 Balik Bangi.

    Nanti2 kita calling calling lah yer.

    ReplyDelete
  7. slmt hari raya kLaily..baik2 drive tuu

    ReplyDelete
  8. Salam laily, selamat hari raya..lamanya kita tak bersapaan, sampaikan bonda tak tahu laily dah balik ke malaysia!

    ReplyDelete