Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di Kampung

Saban tahun, setiap kali awal Ramadhan menjelang, kami pasti pulang ke kampung untuk bersama-sama menyambut puasa ~ bersahur dan berbuka di hari pertama bersama keluarga. Kebiasaannya jika 1 Syawal disambut di Kota Tinggi, 1 Ramadhan akan disambut di Parit Sulong. Begitulah juga sebaliknya. Tahun ini (2011) giliran menyambut raya di Kota Tinggi, so awal Ramadhan disambut di Parit Sulong.

Tahun ini 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin, oleh itu kami mempunyai cuti yang panjang untuk tahun ini iaitu 3 hari sementelahan Johor bercuti pada awal Ramadhan. Awal-awal lagi, aku telah menyampaikan amanat kepada seisi rumah untuk bersiap sedia mengemas rumah sebelum Ramadhan menjelang. Pertamanya, kerana bila dah berpuasa nanti, kasihan pula pada anak-anak yang pasti keletihan jika diajak berkemas di samping keterujaan kami untuk menyambut Ramadhan tahun ini. Keduanya, tidaklah kami terkejar-kejar untuk menghias-hias rumah di kala semua orang sibuk mengejar syafaat di bulan Ramadhan dengan bertadarus, bertarawikh dan berzikir sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

2 hari kami peruntukkan untuk bergotong-royong membersihkan rumah. Anak-anak juga turut seronok melakukan kerja-kerja tersebut bersama-sama. Iris si kecil comel sebagaimana biasa akan turut sibuk memunggah semula barang-barang yang telah dikemas, atau menyimpan semula barang-barang yang perlu dibuang. Semua 'NO' untuk Iris sehingga akhirnya Iris bertanya "ayes, Ayis nak wat apa ni bu?" (habis tu, Iris nak buat apa ni bu?) hehe Iris..Iris..

Tengahari Ahad, aku telah mengorak langkah pulang ke kampung lebih awal kerana misiku di Irissa Laundry masih belum terlunas. Suami dan anak-anak meneruskan gotong-royong sehingga lewat petang dan tiba di kampung sejurus sebelum azan Isyak berkumandang.

Kesyukuran bertasbih di hati kerana anak-anak semuanya bersemangat untuk memulakan solat tarawikh malam itu. Mudah-mudahan semangat itu akan berkekalan hingga ke malam-malam terakhir juga. Insya Allah...

Kakak sudah boleh diharap mengetuai bacaan Yassin siap dengan bacaan doanya sekali.. Insya Allah, akan melatih Ahmad pula selepas ini memandangkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu Ahmad pikul satu hari nanti...

Aku yang tidak berupaya menyambut awal Ramadhan tahun ini berkampung di kedai dobi. Sepanjang malam aku tidak tidur untuk melunaskan tanggungjawabku pada "my soul" itu.. Dan siang Ahadnya, memandangkan aku yang paling bertenaga di kalangan ahli rumah, sekali lagi tenaga dihabiskan di "my soul" itu juga... Lihat sahaja kerja-kerja yang telah dilunas sepanjang satu malam dan satu siang ini... Hati pasti sahaja berbunga riang penuh kepuasan.



Hari pertama berbuka di Parit Sulong. Lihat sahaja makanan yang memenuhi tikar... Setiap orang pergi ke bazar Ramadhan dan membeli makanan kegemaran masing-masing. Itu belum lagi masakan yang dimasak oleh tukang masak tersohor, Chef Bonda lagi tu... Ikan pari bakar bersama air asam,lemak labu bersama kacang panjang serta daun ubi dan ulam-ulaman dimakan bersama kuah kacang... Ini baru 4 beradik yang balik. Ada 2 keluarga lagi yang tidak dapat bersama. Adik yang nombor 3, menyambut puasa di rumah mertua. Sementara adik yang nombor 4, tidak dapat pulang ke kampung kerana baru sahaja pulang seminggu yang lalu. Beginilah jika tinggal jauh dari keluarga, di kotaraya Kuala Lumpur pula tu.. Kos pergi dan balik sahaja sudah boleh buat belanja barang dapur selama setengah bulan.

4 comments:

  1. salam ramadhan..aku pon bertenag di 1st ramadhan..same ler kita ly..aku ponsehari sebelum pose sibuk kemas rumah..sbb kununya raya nnt takyah kemas lg...nak concentrate apa yg patut aje..

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan utk kakcahaya and family juga.. tak balik kampung ke kak cahaya?
    tula, nanti minggu ketiga dan ke empat dah sibuk nak buat kuih raya ler plak hihihi..

    ReplyDelete
  3. Laily,
    Adoi.. bila baca entri Laily, bersemangat waja sungguh ... gagahnya... Hei boss, tak de pekerjake??? Kena turun padang tuh!

    K.Nas

    ReplyDelete
  4. Kak, bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Insya Allah, ada jalan yang Allah akan permudahkan nanti.. Sejujurnya, memang ikhlas dari hati nak turun padang sebab kepuasan itu sangat berbeza, jika dibandingkan buat sendiri dengan mengupah orang.. Seronok tak tergambar dengan kata-kata!...

    ReplyDelete